Pages

Saturday, September 25, 2010

Ramadhan yang lalu.. Ramadhan 1431H

Ramadhan 1431H telah memperlihatkan usaha-usaha tenaga guru bagi memercikkan suasana penghayatan Ramadhan sekaligus menghidupkan bulan ini.


12 Ogos 2010, murid tahun 6 memulakan bacaan tadarus. Berlangsung selama lapan hari, bermula 12 ogos 2010 sehingga 2 september 2010. dari hari isnin sehingga khamis. Tadarus al-Quran dijalankan di Dataran Ilmi, SK Datuk Bandar seawal jam 6.30 pagi hingga jam 7 pagi.



Murid-murid yang menyertai program ini terdiri daripada murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 yang sudah boleh membaca al-Quran. mereka diberikan setiap orang empat helaian al-Quran untuk dibaca dan dihabiskan dalam tempoh yang ditetapkan.

Friday, July 16, 2010

Sambutan Isra' Mi'raj dan Nisfu Syaaban peringkat SKDB

14 Julai 2010bersamaan rabu, perhimpunan pagi telah diadakan di Dataran Ilmu, SK Datuk Bandar. di situ juga Sambutan Isra' Mi'raj dan Nisfu Syaaban dilaksanakan bersama para pelajar dan guru-guru SKDB. Majlis bermula jam 7 pagi dan berakhir pada jam 8.15 pagi.

antara agenda pada sambutan tersebut adalah bacaan al-Quran oleh Ustaz Nasarudin (gambar kanan atas), diselangi dengan ceramah Isra' Mi'raj yang disampaikan oleh Ustaz Radin Fitriyani (gambar kiri bawah) dan penyampaian hadiah anugerah Guru Besar. juruacara padai pagi itu adalah Ustaz Hakimi (gambar kiri atas)


murid-murid memberikan penumpuan penuh pada ucapan Ustaz Radin.. penuh kekhusyukan akan kisah Isra' Mi'raj yang disampaikan penuh dramatik.

Anugerah Guru Besar yang disampaikan adalah untuk kakitangan yang bukan akademik sebagai tanda penghargaan tinggi dari pentadbir kepada sokongan padu kakitangan bukan akademik dalam menjayakan setiap perkara dan aktiviti sekolah.

Friday, July 2, 2010

Aktiviti Bulan PAI & BA 2010


selepas hari pembukaan bulan panitia PAI dan B. Arab, panitia telah menjalankan majlis bacaan yasin bersama ibu bapa murid tahun enam pada 24 Jun 2010 selepas solat maghrib. turut diadakan solat hajat bagi memberkati majlis dan sedikit bacaan doa taubat secara jemaah. Majlis ini mendapat kerjasama daripada pihak asrama SKDB bagi membantu melicinkan lagi majlis ini. (Terima kasih diucapkan kepada yang terlibat)..

pada 25 Jun, Jumaat , Ustazah Rozina dengan bantuan Ustaz Nasharudin mengajak murid bermain Roda Impian Jawi.. bermula dari tahun satu sehinggalah kepada tahun enam kesemua tahun terlibat dalam acara ini. murid terhibur dengan pusingan roda yang biasa dilihat di televisyen.


manakala Isnin 28 Jun 2010, diadakan pula sesi bacaan jawi oleh murid tahap satu. Program ini dijalankan oleh Ustazah Azira.


Selasa 29 Jun 2010, Ustaz Radin Fitriyani mengakhiri bulan panitia ini dengan acaranya; Kuiz Bahasa Arab yang mudah. kesemua tahap terlibat jua.

pada 30 Jun 2010, diadakan majlis penutupan bulan panitia PAI dan B. Arab dengan penyampaian hadiah bagi peserta-peserta yang telah menyertai acara-acara yang telah dijalankan pada setiap perhimpunan pagi pada bulan ini.

kerjasama dari semua guru dan murid sangat-sangat menggalakkan dan diucapkan terima kasih..

Bulan Jun 2010 - Bulan PAI & BA


pada 23 Jun 2010 bersamaan hari Rabu.. selepas kemasukan semester kedua sesi persekolahan, Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab memulakan aktivitinya di bulan ini yang tinggal seminggu sahaja sebelum Jun melabuhkan tirainya.


semasa perhimpunan mingguan, Guru Besar Sekolah Datuk Bandar, Debak telah merasmikan pembukaan bulan panitia PAI dan B. Arab.



untuk aktiviti yang pertama, kanak-kanak Pra sekolah telah mengambil bahagian dengan mendendangkan nasyid pendek. ini adalah hasil 'air tangan' Ustazah Dayang Halimah.

Wednesday, April 21, 2010

Qiamullail April 2010


pada 15 April dan 16 April 2010 bersamaan hari khamis dan jumaat, panitia PAI mengadakan program Qiamullail bagi pelajar tahun enam. jam 5 petang Khamis, pendaftaran peserta dimulakan. seramai 75 peserta tahun enam menyertai program Kerohanian @ Usrah. Kemudian disertai dengan Solat Maghrib, solat Hajat, bacaan Yassin beramai-ramai dan di susuli dengan usrah.


Dalam usaha menarik kembali anak-anak ini ke dalam realiti sebenar dan tujuan sebenar menggalas tanggungjawab sebagai anak dan pelajar, Malam Berkasih sayang telah direka khas dengan fasilitator jemputan, Ustaz Saibul sedaya upaya memberikan medium terbaik bagi menjadikan wadah ini satu platform yang benar-benar meninggalkan kesan mendalam di hati mereka..

Jumaat 16 April, dimulakan dengan Qiamullail diketuai oleh Ustaz Hakimi.. solat subuh dan riadah. aktiviti disambung lagi dengan bacaan Yassin di Dataran Ilmu bersama ibu-bapa peserta yang telah dijemput khas bagi memberkati lagi jiwa anak-anak mereka ini. program motivasi diadakan dengan kaunselor jemputan dari SMK Saribas dijadikan sebagai penutup majlis.

Wednesday, April 14, 2010

Tahniah qari dan qariah SKDB!!!

Pada 10 April 2010 iaitu pada hari Sabtu yang lalu, SKDB telah menghantar qari dan qariah untuk pertandingan majlis tilawah Al-Quran peringkat Bahagian Betong. Qri dan qariah tersebut bernama Farhan B Hj Das dan Nor Shahira Bt Raduan. Masing -masing telah mempersembahkan bacaan Al-Quran mereka dengan suara yang sangat lunak. Masing-masing telah mendapat saguhati kerana mereka menerima saingan yang sengit daripada qari dan qariah dari sekolah lain. Apapun kedua-dua qari dan qariah telah berjaya mengharumkan nama SKDB di persada.

Thursday, April 8, 2010

Majlis Tilawah al-Quran Zon Debak 2010

PAda 25 Mac 2010 bersamaan hari Khamis.. seramai lima peserta SKDB mewakili pihak sekolah bertanding di Majlis Tilawah al-Quran peringkat Zon Debak. Majlis diadakan di SK Tui, Debak. Pertandingan yang dipertaruhkan adalah Pertandingan Tilawah al-Quran, Pertandingan Hafazan dan Pertandingan Bercerita. Kepada pasukan SKDB, tahniah diucapkan kerana memperoleh Johan dalam Pertandingan Tilawah al-Quran dan memperoleh tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan hafazan dan bercerita.