Pages

Wednesday, April 21, 2010

Qiamullail April 2010


pada 15 April dan 16 April 2010 bersamaan hari khamis dan jumaat, panitia PAI mengadakan program Qiamullail bagi pelajar tahun enam. jam 5 petang Khamis, pendaftaran peserta dimulakan. seramai 75 peserta tahun enam menyertai program Kerohanian @ Usrah. Kemudian disertai dengan Solat Maghrib, solat Hajat, bacaan Yassin beramai-ramai dan di susuli dengan usrah.


Dalam usaha menarik kembali anak-anak ini ke dalam realiti sebenar dan tujuan sebenar menggalas tanggungjawab sebagai anak dan pelajar, Malam Berkasih sayang telah direka khas dengan fasilitator jemputan, Ustaz Saibul sedaya upaya memberikan medium terbaik bagi menjadikan wadah ini satu platform yang benar-benar meninggalkan kesan mendalam di hati mereka..

Jumaat 16 April, dimulakan dengan Qiamullail diketuai oleh Ustaz Hakimi.. solat subuh dan riadah. aktiviti disambung lagi dengan bacaan Yassin di Dataran Ilmu bersama ibu-bapa peserta yang telah dijemput khas bagi memberkati lagi jiwa anak-anak mereka ini. program motivasi diadakan dengan kaunselor jemputan dari SMK Saribas dijadikan sebagai penutup majlis.

Wednesday, April 14, 2010

Tahniah qari dan qariah SKDB!!!

Pada 10 April 2010 iaitu pada hari Sabtu yang lalu, SKDB telah menghantar qari dan qariah untuk pertandingan majlis tilawah Al-Quran peringkat Bahagian Betong. Qri dan qariah tersebut bernama Farhan B Hj Das dan Nor Shahira Bt Raduan. Masing -masing telah mempersembahkan bacaan Al-Quran mereka dengan suara yang sangat lunak. Masing-masing telah mendapat saguhati kerana mereka menerima saingan yang sengit daripada qari dan qariah dari sekolah lain. Apapun kedua-dua qari dan qariah telah berjaya mengharumkan nama SKDB di persada.

Thursday, April 8, 2010

Majlis Tilawah al-Quran Zon Debak 2010

PAda 25 Mac 2010 bersamaan hari Khamis.. seramai lima peserta SKDB mewakili pihak sekolah bertanding di Majlis Tilawah al-Quran peringkat Zon Debak. Majlis diadakan di SK Tui, Debak. Pertandingan yang dipertaruhkan adalah Pertandingan Tilawah al-Quran, Pertandingan Hafazan dan Pertandingan Bercerita. Kepada pasukan SKDB, tahniah diucapkan kerana memperoleh Johan dalam Pertandingan Tilawah al-Quran dan memperoleh tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan hafazan dan bercerita.

Tuesday, April 6, 2010

Kem Bestari Solat Mac 2010

Jatuh pada 4 Mac 2010, bertempat di Surau SKDB telah diadakan Kem Bestari Solat. Kem kali ini dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama: Tahun 3 dan Tahun 5. Manakala kumpulan kedua pula ialah Tahun 2 dan Tahun 4. diadakan pada jam 2 petang hingga 5 petang.



dimulai dengan mengambil kehadiran peserta, kemudian guru memberi penerangan serba ringkas menggunakan projektor LCD. sambil dibantu oleh guru-guru PAI (Pendidikan Agama Islam), guru j-QAF dan guru KAFA, murid-murid yang terlibat dapat dipantau dengan sebaiknya oleh guru. segala silap dan tatacara dapat diperbetulkan secara langsung oleh guru tersebut.



Peserta kem didapati amat memahami bahagian-bahagian dalam solat; perlakuan solat dan bacaan dalam solat. Proses P & P (pengajaran dan pembelajaran) pada waktu pagi dan KAFA sebelah petang amat membantu peserta mengingati dengan baik bagaimana perlakuan dan bacaan dalam solat sekaligus mengaplikasi dalam kehidupan seharian mereka.

Acara pertengahan tahun kedua 2009..

salam sejahtera buat pembaca dan mudah-mudahan afiat mengiringi anda, harapan saya (penulis blog). kini acara-acara yang sempat dirakam semasa pertengahan tahun kedua 2009 dikongsi untuk tatapan umum.

Majlis Khatam al-Quran peringkat SKDB yang diadakan di Surau SKDB dengan dihadiri oleh ibubapa dan ketua-ketua kampung berhampiran. dimeriahkan lagi dengan pakaian peserta yang menyertai Khatam al-Quran berwarna-warni. Sangat meriah.

 Khalifah bagi Majlis Khatam al-Quran adalah Ustaz Radin Fitriyani yang mengetuai majlis tersebut.

Sidang jawatankuasa yang menjayakan Majlis Khatam al-Quran bergambar bersama peserta-peserta Khatam al-Quran. ditambah pula dengan bunga telur yang dibawa bersama bagi memeriahkan lagi suasana.. ibu bapa turut memeriahkan lagi dengan pembahagian bunga telur kepada guru-guru SKDB. Keharuan menghiasi suasana.

mudah-mudahan generasi al-Quran ini akan menggemilangkan dunia kecil mereka ini. bahkan menjadikan terbilang dan cemerlang, amin ya Rabbal alamin..

diikuti dengan Majlis Berkhatan beramai-ramai peringkat sekolah. Majlis dimeriahkan lagi dengan kerjasama Bomba dalam agenda menyiram peserta berkhatan di Dataran Ilmu.