Pages

Wednesday, August 3, 2011

Majlis Isra' dan Mikraj 2011

Bertepatan dengan tarikh 27 Rejab 1432 hijriah, Sekolah Kebangsaan Datuk Bandar telah melaksanakan satu program ringkas bagi memperingati hari bersejarah Nabi Muhammad s.a.w.

Pada 1 Julai 2011, hari Jumaat disertai dengan acara Penutupan Bulan Bahasa Arab, pihak panitia menggabungkan majlis ringkas ini di Dataran Ilmu. semua guru-guru hadir bagi memeriahkan majlis.

Tuesday, November 2, 2010

Pehujung tahun persekolahan kembali lagi....

penghujung persekolahan tiba lagi.... tidak sampai sebulan murid-murid akan bermula saat keseronokan mereka, cuti persekolahan. pada minggu-minggu terakhir persekolahan SKDB dan panitia PAI ada menguruskan beberapa program bagi mengisi aktiviti-aktiviti sebelum hari persekolahan 2010 menutup tirai...

Ramah Tamah Aidilfitri 2010/1431H


1 Oktober 2010 bersamaan hari jumaat, SK Datuk Bandar telah mengadakan majlis yang cukup meriah bersempena menyambut kehadiran bulan syawal.


Ramah Tamah Aidilfitri 2010/1431H diadakan seawal jam 7.30 pagi sehingga tamat persekolahan. guru-guru dan murid melawat kelas-kelas terbuka (setiap kelas membuat "kelas terbuka") dengan dijamu pelbagai sajian dan kuih-muih yang murid bawakan khas dari rumah mereka.



semua warga sekolah meraikan majlis ramah-tamah ini - kelas diatas adalah kelas Pra B SKDB.


sebelah malamnya pula, majlis berlangsung lagi. kali ini bertempat di Dewan Sri Semarak SK Datuk Bandar.

Majlis diraikan oleh Yang Berhormat Dr. Hj. Wahbi b. Hj. Junaidi, ADUN N30 Saribas. Hadirin yang hadir sama adalah para ibu bapa, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid tahap dua SKDB.

Monday, November 1, 2010

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK MURID UPSR 2010

pada 20 september 2010 bersamaan hari isnin panitia PAI telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat. Majlis ini diadakan bersempena dengan ketibaan peperiksaan UPSR. Ibu bapa pelajar tahun enam dijemput bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan.


Penuh kekusyukan membaca Yasin..

Murid-murid UPSR dibacakan doa dan diberi air Yasin serta kismis sebelum menduduki peperiksaan. UPSR berlangsung pada 21 september hingga 23 september 2010.

Friday, October 8, 2010

KHATAM AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1431H / 2010

Pada 3 September 2010 Jumaat, Majlis Khatam al-Quran sempena bulan Ramadhan telah selamat dijalankan di Dewan Sri Semarak, SKDB. Majlis tersebut mengenengahkan murid-murid tadarus al-Quran yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Murid diketuai oleh seorang khalifah Ustaz Radin Fitriyani dalam pembacaan Khatam al-Quran.

Penyampaian saguhati dan bunga telur dilaksanakan oleh Guru Besar kepada murid-murid yang terlibat. Penyertaan yang menggalakkan mampu menyemarakkan semangat murid yang lainnya untuk terlibat sama pada tahun hadapan.

Tuesday, September 28, 2010

Iftar Jama'i



Sukacita dikhabarkan panitia PAI telah berjaya mengadakan satu majlis berbuka puasa (Iftar Jama'i) bertempat di Dewan Sri Semarak, SKDB.



Iftar Jama'i diadakan pada 2 September 2010, hari khamis disertai oleh jemputan2 dari warga SKDB sendiri dan ketua-ketua kampung berdekatan. Majlis turut dibacakan tahlil sebagai memberkati majlis.

Nuzul al-Quran

Tarikh 26 Ogos 2010 (Khamis) panitia telah meraikan kedatangan Nuzul al-Quran dengan sedikit majlis bacaan tahlil dan berbuka puasa berserta solat fardu berjemaah dan solat terawikh.



Warga SKDB hadir memeriahkan suasana majlis termasuk staf guru, staf bukan guru. hal ini dilihat dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kakitangan dan staf serta mengambil keberkatan bulan yang mulia ini.