Pages

Tuesday, November 2, 2010

Pehujung tahun persekolahan kembali lagi....

penghujung persekolahan tiba lagi.... tidak sampai sebulan murid-murid akan bermula saat keseronokan mereka, cuti persekolahan. pada minggu-minggu terakhir persekolahan SKDB dan panitia PAI ada menguruskan beberapa program bagi mengisi aktiviti-aktiviti sebelum hari persekolahan 2010 menutup tirai...

Ramah Tamah Aidilfitri 2010/1431H


1 Oktober 2010 bersamaan hari jumaat, SK Datuk Bandar telah mengadakan majlis yang cukup meriah bersempena menyambut kehadiran bulan syawal.


Ramah Tamah Aidilfitri 2010/1431H diadakan seawal jam 7.30 pagi sehingga tamat persekolahan. guru-guru dan murid melawat kelas-kelas terbuka (setiap kelas membuat "kelas terbuka") dengan dijamu pelbagai sajian dan kuih-muih yang murid bawakan khas dari rumah mereka.



semua warga sekolah meraikan majlis ramah-tamah ini - kelas diatas adalah kelas Pra B SKDB.


sebelah malamnya pula, majlis berlangsung lagi. kali ini bertempat di Dewan Sri Semarak SK Datuk Bandar.

Majlis diraikan oleh Yang Berhormat Dr. Hj. Wahbi b. Hj. Junaidi, ADUN N30 Saribas. Hadirin yang hadir sama adalah para ibu bapa, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid tahap dua SKDB.

Monday, November 1, 2010

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK MURID UPSR 2010

pada 20 september 2010 bersamaan hari isnin panitia PAI telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat. Majlis ini diadakan bersempena dengan ketibaan peperiksaan UPSR. Ibu bapa pelajar tahun enam dijemput bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan.


Penuh kekusyukan membaca Yasin..

Murid-murid UPSR dibacakan doa dan diberi air Yasin serta kismis sebelum menduduki peperiksaan. UPSR berlangsung pada 21 september hingga 23 september 2010.

Friday, October 8, 2010

KHATAM AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1431H / 2010

Pada 3 September 2010 Jumaat, Majlis Khatam al-Quran sempena bulan Ramadhan telah selamat dijalankan di Dewan Sri Semarak, SKDB. Majlis tersebut mengenengahkan murid-murid tadarus al-Quran yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Murid diketuai oleh seorang khalifah Ustaz Radin Fitriyani dalam pembacaan Khatam al-Quran.

Penyampaian saguhati dan bunga telur dilaksanakan oleh Guru Besar kepada murid-murid yang terlibat. Penyertaan yang menggalakkan mampu menyemarakkan semangat murid yang lainnya untuk terlibat sama pada tahun hadapan.

Tuesday, September 28, 2010

Iftar Jama'i



Sukacita dikhabarkan panitia PAI telah berjaya mengadakan satu majlis berbuka puasa (Iftar Jama'i) bertempat di Dewan Sri Semarak, SKDB.



Iftar Jama'i diadakan pada 2 September 2010, hari khamis disertai oleh jemputan2 dari warga SKDB sendiri dan ketua-ketua kampung berdekatan. Majlis turut dibacakan tahlil sebagai memberkati majlis.

Nuzul al-Quran

Tarikh 26 Ogos 2010 (Khamis) panitia telah meraikan kedatangan Nuzul al-Quran dengan sedikit majlis bacaan tahlil dan berbuka puasa berserta solat fardu berjemaah dan solat terawikh.



Warga SKDB hadir memeriahkan suasana majlis termasuk staf guru, staf bukan guru. hal ini dilihat dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kakitangan dan staf serta mengambil keberkatan bulan yang mulia ini.


Saturday, September 25, 2010

Ramadhan yang lalu.. Ramadhan 1431H

Ramadhan 1431H telah memperlihatkan usaha-usaha tenaga guru bagi memercikkan suasana penghayatan Ramadhan sekaligus menghidupkan bulan ini.


12 Ogos 2010, murid tahun 6 memulakan bacaan tadarus. Berlangsung selama lapan hari, bermula 12 ogos 2010 sehingga 2 september 2010. dari hari isnin sehingga khamis. Tadarus al-Quran dijalankan di Dataran Ilmi, SK Datuk Bandar seawal jam 6.30 pagi hingga jam 7 pagi.



Murid-murid yang menyertai program ini terdiri daripada murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 yang sudah boleh membaca al-Quran. mereka diberikan setiap orang empat helaian al-Quran untuk dibaca dan dihabiskan dalam tempoh yang ditetapkan.

Friday, July 16, 2010

Sambutan Isra' Mi'raj dan Nisfu Syaaban peringkat SKDB

14 Julai 2010bersamaan rabu, perhimpunan pagi telah diadakan di Dataran Ilmu, SK Datuk Bandar. di situ juga Sambutan Isra' Mi'raj dan Nisfu Syaaban dilaksanakan bersama para pelajar dan guru-guru SKDB. Majlis bermula jam 7 pagi dan berakhir pada jam 8.15 pagi.

antara agenda pada sambutan tersebut adalah bacaan al-Quran oleh Ustaz Nasarudin (gambar kanan atas), diselangi dengan ceramah Isra' Mi'raj yang disampaikan oleh Ustaz Radin Fitriyani (gambar kiri bawah) dan penyampaian hadiah anugerah Guru Besar. juruacara padai pagi itu adalah Ustaz Hakimi (gambar kiri atas)


murid-murid memberikan penumpuan penuh pada ucapan Ustaz Radin.. penuh kekhusyukan akan kisah Isra' Mi'raj yang disampaikan penuh dramatik.

Anugerah Guru Besar yang disampaikan adalah untuk kakitangan yang bukan akademik sebagai tanda penghargaan tinggi dari pentadbir kepada sokongan padu kakitangan bukan akademik dalam menjayakan setiap perkara dan aktiviti sekolah.

Friday, July 2, 2010

Aktiviti Bulan PAI & BA 2010


selepas hari pembukaan bulan panitia PAI dan B. Arab, panitia telah menjalankan majlis bacaan yasin bersama ibu bapa murid tahun enam pada 24 Jun 2010 selepas solat maghrib. turut diadakan solat hajat bagi memberkati majlis dan sedikit bacaan doa taubat secara jemaah. Majlis ini mendapat kerjasama daripada pihak asrama SKDB bagi membantu melicinkan lagi majlis ini. (Terima kasih diucapkan kepada yang terlibat)..

pada 25 Jun, Jumaat , Ustazah Rozina dengan bantuan Ustaz Nasharudin mengajak murid bermain Roda Impian Jawi.. bermula dari tahun satu sehinggalah kepada tahun enam kesemua tahun terlibat dalam acara ini. murid terhibur dengan pusingan roda yang biasa dilihat di televisyen.


manakala Isnin 28 Jun 2010, diadakan pula sesi bacaan jawi oleh murid tahap satu. Program ini dijalankan oleh Ustazah Azira.


Selasa 29 Jun 2010, Ustaz Radin Fitriyani mengakhiri bulan panitia ini dengan acaranya; Kuiz Bahasa Arab yang mudah. kesemua tahap terlibat jua.

pada 30 Jun 2010, diadakan majlis penutupan bulan panitia PAI dan B. Arab dengan penyampaian hadiah bagi peserta-peserta yang telah menyertai acara-acara yang telah dijalankan pada setiap perhimpunan pagi pada bulan ini.

kerjasama dari semua guru dan murid sangat-sangat menggalakkan dan diucapkan terima kasih..

Bulan Jun 2010 - Bulan PAI & BA


pada 23 Jun 2010 bersamaan hari Rabu.. selepas kemasukan semester kedua sesi persekolahan, Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab memulakan aktivitinya di bulan ini yang tinggal seminggu sahaja sebelum Jun melabuhkan tirainya.


semasa perhimpunan mingguan, Guru Besar Sekolah Datuk Bandar, Debak telah merasmikan pembukaan bulan panitia PAI dan B. Arab.



untuk aktiviti yang pertama, kanak-kanak Pra sekolah telah mengambil bahagian dengan mendendangkan nasyid pendek. ini adalah hasil 'air tangan' Ustazah Dayang Halimah.

Wednesday, April 21, 2010

Qiamullail April 2010


pada 15 April dan 16 April 2010 bersamaan hari khamis dan jumaat, panitia PAI mengadakan program Qiamullail bagi pelajar tahun enam. jam 5 petang Khamis, pendaftaran peserta dimulakan. seramai 75 peserta tahun enam menyertai program Kerohanian @ Usrah. Kemudian disertai dengan Solat Maghrib, solat Hajat, bacaan Yassin beramai-ramai dan di susuli dengan usrah.


Dalam usaha menarik kembali anak-anak ini ke dalam realiti sebenar dan tujuan sebenar menggalas tanggungjawab sebagai anak dan pelajar, Malam Berkasih sayang telah direka khas dengan fasilitator jemputan, Ustaz Saibul sedaya upaya memberikan medium terbaik bagi menjadikan wadah ini satu platform yang benar-benar meninggalkan kesan mendalam di hati mereka..

Jumaat 16 April, dimulakan dengan Qiamullail diketuai oleh Ustaz Hakimi.. solat subuh dan riadah. aktiviti disambung lagi dengan bacaan Yassin di Dataran Ilmu bersama ibu-bapa peserta yang telah dijemput khas bagi memberkati lagi jiwa anak-anak mereka ini. program motivasi diadakan dengan kaunselor jemputan dari SMK Saribas dijadikan sebagai penutup majlis.

Wednesday, April 14, 2010

Tahniah qari dan qariah SKDB!!!

Pada 10 April 2010 iaitu pada hari Sabtu yang lalu, SKDB telah menghantar qari dan qariah untuk pertandingan majlis tilawah Al-Quran peringkat Bahagian Betong. Qri dan qariah tersebut bernama Farhan B Hj Das dan Nor Shahira Bt Raduan. Masing -masing telah mempersembahkan bacaan Al-Quran mereka dengan suara yang sangat lunak. Masing-masing telah mendapat saguhati kerana mereka menerima saingan yang sengit daripada qari dan qariah dari sekolah lain. Apapun kedua-dua qari dan qariah telah berjaya mengharumkan nama SKDB di persada.

Thursday, April 8, 2010

Majlis Tilawah al-Quran Zon Debak 2010

PAda 25 Mac 2010 bersamaan hari Khamis.. seramai lima peserta SKDB mewakili pihak sekolah bertanding di Majlis Tilawah al-Quran peringkat Zon Debak. Majlis diadakan di SK Tui, Debak. Pertandingan yang dipertaruhkan adalah Pertandingan Tilawah al-Quran, Pertandingan Hafazan dan Pertandingan Bercerita. Kepada pasukan SKDB, tahniah diucapkan kerana memperoleh Johan dalam Pertandingan Tilawah al-Quran dan memperoleh tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan hafazan dan bercerita.

Tuesday, April 6, 2010

Kem Bestari Solat Mac 2010

Jatuh pada 4 Mac 2010, bertempat di Surau SKDB telah diadakan Kem Bestari Solat. Kem kali ini dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama: Tahun 3 dan Tahun 5. Manakala kumpulan kedua pula ialah Tahun 2 dan Tahun 4. diadakan pada jam 2 petang hingga 5 petang.



dimulai dengan mengambil kehadiran peserta, kemudian guru memberi penerangan serba ringkas menggunakan projektor LCD. sambil dibantu oleh guru-guru PAI (Pendidikan Agama Islam), guru j-QAF dan guru KAFA, murid-murid yang terlibat dapat dipantau dengan sebaiknya oleh guru. segala silap dan tatacara dapat diperbetulkan secara langsung oleh guru tersebut.



Peserta kem didapati amat memahami bahagian-bahagian dalam solat; perlakuan solat dan bacaan dalam solat. Proses P & P (pengajaran dan pembelajaran) pada waktu pagi dan KAFA sebelah petang amat membantu peserta mengingati dengan baik bagaimana perlakuan dan bacaan dalam solat sekaligus mengaplikasi dalam kehidupan seharian mereka.

Acara pertengahan tahun kedua 2009..

salam sejahtera buat pembaca dan mudah-mudahan afiat mengiringi anda, harapan saya (penulis blog). kini acara-acara yang sempat dirakam semasa pertengahan tahun kedua 2009 dikongsi untuk tatapan umum.

Majlis Khatam al-Quran peringkat SKDB yang diadakan di Surau SKDB dengan dihadiri oleh ibubapa dan ketua-ketua kampung berhampiran. dimeriahkan lagi dengan pakaian peserta yang menyertai Khatam al-Quran berwarna-warni. Sangat meriah.

 Khalifah bagi Majlis Khatam al-Quran adalah Ustaz Radin Fitriyani yang mengetuai majlis tersebut.

Sidang jawatankuasa yang menjayakan Majlis Khatam al-Quran bergambar bersama peserta-peserta Khatam al-Quran. ditambah pula dengan bunga telur yang dibawa bersama bagi memeriahkan lagi suasana.. ibu bapa turut memeriahkan lagi dengan pembahagian bunga telur kepada guru-guru SKDB. Keharuan menghiasi suasana.

mudah-mudahan generasi al-Quran ini akan menggemilangkan dunia kecil mereka ini. bahkan menjadikan terbilang dan cemerlang, amin ya Rabbal alamin..

diikuti dengan Majlis Berkhatan beramai-ramai peringkat sekolah. Majlis dimeriahkan lagi dengan kerjasama Bomba dalam agenda menyiram peserta berkhatan di Dataran Ilmu.

Wednesday, February 10, 2010

Sekadar Pengenalan

Assalamualaikum....
Setelah sekian lama merancang untuk menyediakan satu blog bagi Panitia Pendidikan Islam, akhirnya pada tahun ini iaitu tahun 2010, kami berjaya  menubuhkannya dengan bantuan guru lama dan guru baru dalam Panitia P.Islam bagi Sekolah Kebangsaan Datuk Bandar Debak. Alhamdulillah.....
Matlamat utama kami tidak lain dan tidak bukan adalah untuk berkongsi dan menyalurkan maklumat tentang kegiatan kami sebagai Panitia P.Islam di sekolah ini.
Dengan niat yang murni lagi suci iaitu ingin memartabatkan Agama Islam di muka bumi Allah SWT, maka kami mengalu-alukan segala idea dan maklumat daripada sekolah-sekolah lain atau guru-guru lain atau pihak yang sudi membuka dan membaca blog kami ini.
di sebabkan kami baru sahaja menubuhkan blog ini maka Insya Allah, dari semasa ke semasa kami akan mengisi segala maklumat dan bahan-bahan yang kami laksanakan dalam Panitia kami.....sekian.