antara agenda pada sambutan tersebut adalah bacaan al-Quran oleh Ustaz Nasarudin (gambar kanan atas), diselangi dengan ceramah Isra' Mi'raj yang disampaikan oleh Ustaz Radin Fitriyani (gambar kiri bawah) dan penyampaian hadiah anugerah Guru Besar. juruacara padai pagi itu adalah Ustaz Hakimi (gambar kiri atas)
murid-murid memberikan penumpuan penuh pada ucapan Ustaz Radin.. penuh kekhusyukan akan kisah Isra' Mi'raj yang disampaikan penuh dramatik.Anugerah Guru Besar yang disampaikan adalah untuk kakitangan yang bukan akademik sebagai tanda penghargaan tinggi dari pentadbir kepada sokongan padu kakitangan bukan akademik dalam menjayakan setiap perkara dan aktiviti sekolah.


